Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - tiga kawasan berkenaan adalah Kota Tinggi (107), Larkin Lama (109) dan Pasir Gudang (113). Semua bacaan berkenaan diambil pada jam 11 pagi ini. Bacaan pada jam 7 pagi ini juga mendapati pencemaran udara di kawasan berkenaan adalah melebihi paras 100.

Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.
Pada 20 Oktober lalu, kawasan Muar digemparkan dengan bacaan IPU 432 sehingga memaksa abatan pelajaran Muar mengarahkan semua sekolah di daerah itu supaya membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah.

Jerebu yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia khasnya di Johor juga kini melanda Singapura, dan kian bertambah buruk sejak semalam.
Keseluruhan pulau republik itu berkabus dan langit khasnya di kawasan Marina Bay di mana bangunan tinggi seperti Maybank setinggi 32 tingkat dan Hotel Marina Bay Sands setinggi setinggi 55 tingkat, penglihatan tidak berapa jelas disebabkan jerebu tebal.