Jumaat, 22 Oktober 2010

PENCEMARAN UDARA DI JOHOR DALAM KEADAAN KRITIKAL....JADI SEPATUTNYA SETIAP RUMAH PERLU ADA SISTEM AIR PURIFIER

Indeks pencemaran udara (IPU) bagi tiga kawasan di Johor dilaporkan kembali kepada keadaan tidak sihat hari ini.

Menurut laman sesawang, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar - www.doe.gov.my - tiga kawasan berkenaan adalah Kota Tinggi (107), Larkin Lama (109) dan Pasir Gudang (113). Semua bacaan berkenaan diambil pada jam 11 pagi ini. Bacaan pada jam 7 pagi ini juga mendapati pencemaran udara di kawasan berkenaan adalah melebihi paras 100.

azlanBacaan melebih paras 100 dikategorikan sebagai tidak sihat dan bacaan melebihi 300 pula dikatakan amat bahaya.

Kategori sihat adalah ukuran IPU daripada 0 hingga 50 manakala 51 hingga 100 sebagai sederhana.

Pada 20 Oktober lalu, kawasan Muar digemparkan dengan bacaan IPU 432 sehingga memaksa abatan pelajaran Muar mengarahkan semua sekolah di daerah itu supaya membatalkan semua aktiviti luar bilik darjah.

kalimantan borneo story 091208 haze smog forest fireBagaimanapun bacaan di Muar kembali pulih sehari selepas itu. Bacaan di kawasan Muar hari ini adalah 73 manakala Melaka yang sebelum itu dikategorikan sebagai tidak sihat kembali kepada sederhana.

Jerebu yang melanda sebahagian kawasan di Malaysia khasnya di Johor juga kini melanda Singapura, dan kian bertambah buruk sejak semalam.

Keseluruhan pulau republik itu berkabus dan langit khasnya di kawasan Marina Bay di mana bangunan tinggi seperti Maybank setinggi 32 tingkat dan Hotel Marina Bay Sands setinggi setinggi 55 tingkat, penglihatan tidak berapa jelas disebabkan jerebu tebal.

Rabu, 20 Oktober 2010

KEADAAN JERUBU SEMAKIN KRITIKAL..KATA MENTERI..JADI AIR PURIFIER PENTING BUKAN UNTUK PENAFASAN KITA

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan pihak pentadbiran sekolah di daerah Muar, Johor untuk menutup sementara sesi persekolahan berikutan keadaan jerebu yang berada pada tahap bahaya di daerah itu.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu perlu bagi mengelakkan situasi jerebu yang berlaku memberi kesan buruk kepada kesihatan pelajar.

"Kalau ia sudah sampai tahap bahaya, maka pihak pentadbiran, pengetua atau guru besar sekolah boleh mengambil langkah untuk menutup sekolah untuk sementara.

"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup, sehingga situasinya bertambah baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.

Masalah jerebu di daerah Muar yang berlarutan sejak beberapa hari lalu bertambah serius apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu pada 11 pagi tadi mencecah tahap 432, iaitu dalam kategori bahaya.

Muhyiddin berkata walaupun bacaan IPU menurun bawah paras 300, sekolah di daerah berkenaan masih dinasihatkan untuk tidak menjalankan sebarang aktiviti kokurikulum di luar kelas.

Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke daerah Muar hari ini untuk diagihkan kepada penduduk terutama ke sekolah-sekolah.

Selain itu, bekalan air mineral juga akan dihantar untuk memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih.

Muhyiddin berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat bagi memantau dan mengawal keadaan jerebu selain menggerakkan semua jawatankuasa di peringkat negeri dan daerah yang terbabit.

"Langkah yang pertama adalah untuk memaklumkan kepada penduduk daerah Muar, maklumat ini kita kena maklumkan supaya langkah-langkah untuk mengawal kesihatan ini diambil oleh penduduk yang berada di daerah Muar terutama tentang pemakaian topeng mulut," katanya.

Sementara itu, katanya Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Douglas Unggah Embas juga berhubung dengan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk memohon kerjasama bagi mencari penyelesaian bersama berhubung perkara itu.

Menurutnya Malaysia juga bersedia untuk menyediakan sebarang bentuk bantuan termasuk bantuan logistik bagi memastikan keadaan itu tidak terus berlarutan.

"Menurut laporan yang kita terima, ia (jerebu) berpunca dari sana (Indonesia), ini bukan kita mahu buat tuduhan tapi kita mahu langkah diambil sebelum merebak dan memberi kesan lebih buruk kepada Malaysia," kata Muhyiddin.
Related Posts with Thumbnails